Sunday, 6 March 2011

SENNAH HELWAH UMMI

Ni kisah yg sy jumpa dlm satu blog .menarik utk renungan kita bersama ...

Jangan biarkan ibu hidup sebatang kara SEORANG wanita berusia dalam lingkungan 70-an tinggal erseorangan di rumahnya di sebuah pekan tidak jauh dari Kuala Lumpur. Anak-anaknya yang masing-masing mempunyai keluarga sendiri, tinggal berjauhan termasuk beberapa orang di ibu negara.

Tidak tahu mengapa wanita itu enggan tinggal bersama anaknya. Mungkin dia tidak selesa tinggal bersama mereka kerana tiada kebebasan seperti di rumah sendiri.

Anak-anak beliau pula jarang menjenguknya kerana masing-masing kesibukan dengan urusan kerja dan hal-ehwal keluarga.

Pada suatu hari, entah bagaimana salah seorang anak menelefon si ibu. Disebabkan telefon tidak diangkat, dia terus bergegas ke rumah ibunya. Alangkah terkejutnya si anak apabila mendapati si ibu sudah tidak bernyawa lagi di atas katilnya. Menurut doktor, si ibu telah meninggal dunia tiga hari sebelum ditemui.

Ini kisah benar yang diceritakan kepada Mualim oleh seorang rakan yang mempunyai pertalian keluarga dengan wanita berkenaan.

Mualim percaya anak-anak Allahyarham menyesal tidak sudah kerana membiarkan si ibu hidup sebatang kara. Apa salahnya pujuk si ibu supaya tinggal bersama salah seorang daripada mereka. Orang tua memang sensitif. Jika diajak sambil lewa, mereka tidak akan meninggalkan rumah sendiri sekalipun menghadapi pelbagai kesusahan hidup bersendirian.

Andainya si ibu masih berkeras tidak mahu meninggalkan rumah di kampung, apa salah menggaji seorang pembantu untuk menjaganya. Tentulah ada saudara-mara atau jiran yang sanggup menjenguknya setiap hari.

Paling tidak, jika ibu sudah tua dan uzur, pastikan menelefonnya setiap hari. Benarlah kata pujangga bahawa seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu.

Sebenarnya kisah ibu tinggal sebatang kara bukanlah fenomena yang luar biasa pada zaman sekarang. Ini zaman anak-anak tidak lagi tinggal bersama ibu bapa apabila dewasa, apatah lagi apabila sudah berumah tangga.

Ini juga zaman anak-anak kadang kala terlupa kepada ibu bapa, pada hal sebagai umat Islam mereka sentiasa diperingatkan supaya menjaga ibu bapa.

``Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kamu kembali.'' 31:14

Jika difahami maksud ayat ini, barang siapa yang tidak berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa ertinya mereka juga tidak bersyukur kepada Allah.

Perubahan cara hidup ekoran kemajuan pendidikan dan pembangunan yang merubah pertanian kepada industri dan mendorong perpindahan dari desa ke bandar, turut mengubah struktur kekeluargaan besar di kampung kepada famili kecil di bandar.

Di kampung dulu, tali persaudaraan amat kukuh walaupun hubungan darah sudah agak jauh. Saudara dua pupu dirasai bagaikan adik-beradik. Seorang tua yang sakit di kampung akan dirawat oleh ramai sanak-saudara. Di bandar kini, seorang lelaki atau wanita tua yang kehilangan pasangan akan hidup kesunyian jika tidak tinggal bersama anak-anak.

Sepatutnya anak lelaki yang bertanggung jawab menjaga si ibu atau bapa, tetapi lebih lumrah anak perempuan yang memikul tanggung jawab ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa lelaki sentiasa bertanggungjawab terhadap ibunya, tetapi wanita pula mestilah mengutamakan suami apabila berkahwin. Entah di mana silapnya, kita dapati pada zaman ini anak perempuan pula yang lebih bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

Barangkali kaum lelaki lebih mentaati isteri daripada ibu bapa setelah berkahwin. Si isteri pula mudah merajuk jika suami memberikan lebih perhatian kepada ibu.

Keadaan ini amat pincang. Sepatutnya wanita mestilah memberikan layanan baik kepada ibu mertua kerana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab mentaati suami. Si ibu yang dilayani menantu perempuan dengan baik, hendaklah membalas dengan kasih sayang sama seperti yang diberikan kepada anak lelakinya.

Namun perkara ini hanya mudah dicakap, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana kebanyakan manusia beriman kepada Allah dan Rasul hanya di bibir sahaja. Kepercayaan kepada kitab Allah (al-Quran) hanya bersifat ilmiah, iaitu sekadar untuk mengetahui isi kandungannya. Mengamalkan apa yang dipelajari jauh sekali.

Malahan lebih ramai yang menjaga hubungan dengan ibu bapa berdasarkan norma yang tidak berasaskan agama. Ini bukan sahaja berlaku di kalangan yang tidak berilmu agama, malah di kalangan orang-orang yang bergelar ustaz.

Jika berilmu tetapi tidak melaksanakannya, ertinya seorang itu sudah fasik. Lama kelamaan dia boleh kehilangan iman yang masih ada sedikit dalam dirinya.

Mualim tidak sengaja mengada-adakan cerita sebagai bahan ruangan ini. Seorang rakan Mualim yang berkelulusan Al-Azhar telah tidak bertegur sapa dengan ibu bapanya sendiri kerana perselisihan faham mengenai isterinya.

Akhirnya si ibu rakan Mualim itu meninggal dunia sebelum anaknya sempat menuntut maaf. Menangis air mata darah sekalipun, Mualim pasti si ustaz itu tetap melakukan satu dosa besar yang tidak patut dilakukannya. Nauzubillah
HAPPY  BIRTHDAY ,SELAMAT HARI LAHIR , SENNAH HELWAH UMMI ...THX A LOT ..LUV U SO MUCH

Friday, 4 March 2011

Antara Kelapa ,Nyiur dan KLAPA

Klapa Restaurant.....Ni la nama yg diberi 10 bln lepas . hhmmmm baru lg rasanya .Selama 10 bln ni jg la mcm2 yg dh sy tempuh .Kalau sblm tu sy cuma selalu dgr cerita dr org2 berjaya dlm perniagaan ,pelbagai perit kesusahan dan cabaran org bisnes .Skrg sy dh lalui sendiri apa yg diorg katakan kekuatan diri sgt diperlukan terutama kekuatan mental kita utk mengharungi semua dugaan ni.Rasa kerdil sgt diri ni bila compare dgn org2 yg dh brjaya dlm bisnes msg2..Kdg2 terfikir adakah sy boleh sekuat mereka utk face seribu cabaran lg yg mungkin dtg dlm bisnes???  
13 Mac 2011 ni insyaAllah Klapa restaurant akn beroperasi di Jln Sultanah Zainab Kota Bharu( Peta lokasi akn diupload kemudian..huhuuu sempat lg promote) .Restaurant di Jln Kebun Sultan tlh sy hentikan operasi pd Februari br ni. Kenapa sy pindah? Mungkin lain kali sy akn share :) . Dan mungkin jg ada yg akn tanya kenapa nama KLAPA RESTAURANT ? sblm ni pn dh ramai yg bertanya.Ada jg yg bt andaian sendiri yg x terduga oleh sy huhuuu .ada yg kata singakatan dr KU LAPAR .ada jg kata KALAU LAPAR ..adoooiii kreatif jg diorg ni.sbenarnya ada cerita disebalik klapa dan honeymoon di BALI indonesia.. apa kaitan pula KLAPA RESTAURANT dgn BALI ???? semua ni sy akan cerita dlm post akn dtg.Apa2pn ceritanya kpd yg blm tau jgn lupa 13Mac ni operasi Klapa di premis baru .sedap sokmo !!!!

Thursday, 3 March 2011

Sekapur Sireh

Bismillahirrahmanirrahim,syukur ke hadrat Ilahi pd pagi Jumaat yg mulia ini blog baru sy memulakan bicara :) .Ucapan Salam dan terima kasih kpd sesiapa yg telah dan akan mengskodeng blog sy ni .Dgn harapan blog sy ni nanti akan kekal hidup dan x berkubur mcm blog lama . Slmt tinggal pd blog lama yg sy sendiri pun x ingat dh namanya huhuuuu..Segala puji dan puja yang selayaknya utk Allah SWT,sy hamba yg kerdil berharap agar Allah merahmati dan mempermudahkn urusan hidup dan perniagaan sy serta menggerakkan Putera Khalifah dgn jayanya.Semoga kita semua berjaya dan menjadi insan yang cemerlang ,gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat sana ....InsyaAllah